LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers

Tuesday, February 23, 2010

monthly check UZMA INSYIRAH....dan....PAP SMEAR....


hari ni aku..my hubby and UKAIL IFWAT ke klinik ....

menghantar our mucuk2..UZMA INSYIRAH utk monthly checkup..

alhamdulillah....

setelah UZMA INSYIRAH baik daripada demam....

dan berselera semula utk makan....

berat badannye naik semula setelah maintain selama 2 bulan..huhu..

dan beratnye yang terbaru hari ini ialah 8.5kg....

hepi..hepi..dan sangat hepi..

my mucuk2 dah montok semula..hehe....

dan hari ini....

yang sungguh membanggakan diri aku....

ialah....aku telah berani mencabar diri aku sdiri..

utk melakukan ujian PAP SMEAR..

ada sesapa yg tak buat lagi????

ataupun tak tau langsung apa itu PAP SMEAR??

meh aku story sket kepentingan PAP SMEAR tu....

( ihsan dari google)

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
Mereka yang kerap bertukar pasangan.
Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.


alat yg digunakan utk mengambil sampel dari serviks..





so....apa lagi????

sangat takut kan membacanya??

aku pun risau gak..sebab tu aku beranikan diri gak..

minta2..doa2..dijauhkan dari penyakit ni..amin....

korang2 yg lom buat jgn tggu2 lagi..

buangkan rase malu....

mana korang nak??

malu atau dapat penyakit ni????

lu pikirla sendiri....!!!!


4 comments:

Unknown said...

owh aku dh buat.. memang seram ko!

mak ai.. semangatnye uzma.. dh 8kg lebih.. bagusnye..

YAN said...

aku pun dah penah wat.. ntah, aku tak suka wat test tu.. sakit.. kenapa ko tak tunjuk gambar bende yg die masukkan untuk wat bukaan tu?

fuadnis said...

chugie,
walaupun 1st time aku buat..tp ntah nape aku tak seram lgsung..bukan pe..sbb sblm ni aku dah penah rase camne scanner masuk kot tu ms nak cek kandungan yg gugur dl..tu yg dah terbiasa kot..hahahaha..

yan,
gambar yg macam mana ye??gambar yg kedua tu bukan ke??

sakit tu sakit gak..tapi taklah ngeri sgt..cuma tang aku jadi lama sket sebab nurse tu susah nk cari serviks aku..huhu..;-(

ieWa said...

pap smear ni kalau bole buat every year..

aku since lps dpt haziq lg every year aku buat pap smear nih.. sakit ke?? aku rasa biasa je, beranak lg sakit woo!

tp sejak peknen & bersalin kan irfan, aku dah x stop buat, kena buat la pasni.. sib baik igtkan aku!! tq yeh..