LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers

Thursday, July 21, 2011

DRAMA ANNISSA....last episod malam ini....


mula2 kuar cite ni...sket pn tak heran nk tgk..
mcm boring je cite ala2 bisnes nie..haha

one day tu...ms tu ummi 3U balik kmpung kt slangor..bercuti..
pastu kak long ummi 3U ajak g jakel kt shah alam..katenye ade sale besar2an..
then nk cr tudung ARIANI sekali..
ummi 3U dengor tu excited gakle..
leh soping baju utk raya ummi 3U kan....
pastu anta kat tkg jahit siap2...
so takdela pening dah memikioq kan nyee..akkeekeke...
tggal beli baju anak2 je la nanti..

sampai2 je kat jakel..
ummi 3U tgk ramai org..
mmg ramai sgt kat jakel sbb ade sale..
yg tambah ramai tu bila diorang join tgk pengambaran drama ANNISSA ni..
mula2 ummi nampak ROZITA CHE WAN
peerrgghh......cantik gile.....!!
terus rase diri sdiri hodoh sgt...wakakakaka.....
pastu nampak ZAIN adik penyanyi SHASHA ELITE tu....
perrgghh....putih melepak...segak macho gile...
terus rase nak ngurat...muahahahaha.....
tetiba diri sdiri terus sedar diri...tgh dukung anak kecik...hahahahaha....
then balik kuar dr jakel tu nampak lak FARAHDIYA....
perrrgghh....pinggang ramping gilee......
terus rase pinggang ummi 3U berganda2 dari pinggang FARAHDIYA....
muahahahahhahaha.............

mase tu tak tau hala lgsung...diorang ni tgh shooting drama ape..
pastu tetiba otak mcm ade link2 teringat tgk iklan drama diorang nie...
terus set balik rumah nanti nk tgk drama ni....keh keh....
tu yg terus jatuh hati tgk drama ni tetiap malam selasa sampai khamis....

sape yg tak tau ujung pangkal cite ni...ummi 3U ade sinopsis nyee....

Mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

so sape yg ketinggalan pn takpe...tgk la dl last episodnye malam nie...pastu pi godek2 kat tonton web TV3..semua episod ade kat situ..:-)

can't wait arrrggghhh!!



2 comments:

@e_da said...

citer yg penuh suspen setiap hari... huhu tak sabo tunggu

fuadnis said...

eida,
yee...tepat sekali....nis yg tgk plak takut nk tgk scence seterusnya..keh keh...