LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers

Wednesday, March 18, 2009

risau..langgar pantang larang..

selama ni tak penah tau..bab2 pantang larang..yg aku tau tak bleh aniaya binatang..yg lain2 sumpah tak tau..

tp tadi tiba2 terbaca kat pamplet anmum ttg pantang larang org melayu, cina dan india..yg cina dan india tu aku dah tak heranla..tapi mata aku tertumpu kt pantang larang org melayu punye..

terus risau..risau gile!!

pantang larang berbunyik..

"jgn keluar pd waktu petang ataupun malam, takut disampuk hantu.."

"jgn tido waktu tengahari, krn bayi yg akan dilahirkan besar"

yg ketiga ni aku takut gile..

"jangan biarkan anak2 yg lain melangkah perut, dkhuatiri anak yg dilahirkan cacat atau lahir tidak cukup bulan.."

serius risau ni..!!pasal aku teringat ukail penah tak sengaja langkah perut aku ms dia nak naik katil..memang aku marah dia tapi bukan tau psl pantang larang ni..aku marah dia psal takut dia terhempap perut aku..

pd pendapat u all..betul ke sume pantang larang ni..boleh pcaya ke??pernah terjadi ke??

harap2 u all bg jawapan yg positif kat aku..sebab aku betul2 tak tau tang pantang2 larang ni....KALAULAH AKU TAU..TAK MUNGKIN AKU BIARKAN WLUPUN SEKALI TERJADI..

5 comments:

Unknown said...

secara logiknya memang tak eloklah melangkah perut ko tu. kot terduduk terhempap. berasas benarlah apa yg ko takuti itu...cuma tang pantang larang dan lerpercayaannya itu,...

ermm...selalunya aku hanya ambil mana yg logik sahaja.

fuadnis said...

tunfrida,
harap2nye takde pelah kan..akupun pikir yg logik jee..hubby akupun ckap mcm tu..sume ni kerje tuhan..insyaallah, minta dilindungi allah s.w.t..

YAN said...

Aku tak pasti tentang kebenarannya.. tapi rasanya yang mane tak elok tu eloklah dijauhkan.. Pasal tido tengahari anak jadik besar, pun aku tak dapat nak berapar komen sebab, aku memang selalu tdo tengahri ms pregnant... Imran dulu lahir 2.9kg , Ammar lahir 3.3kg ... pemakanan aku sama je ... ubat klinik pun aku makan macam biasa.. termasuk supplement lain. Fikir aku, secara logikla kan... bila anak pertama, perut tu kecik lagi... jadik anak pertama kecik, anak kedua, ruang tu dah ada.. jadik yg kedua akan jadik lagi besar daripada yg pertama... Logik tak?

Cherish said...

tang tdo tengahari tu mcm xbrape bleh ikut.. anak aku siap underweight lg nih :P

fuadnis said...

saliza,
maknenye tak bleh pcaya sgtla kan pantang larang ni..